Home » » Cara hilangkan bau badan

Cara hilangkan bau badan

Written By ahmadhaidar on Wednesday, April 15, 2015 | 1:27 AM

Platform Produk Dropship dan Borong Malaysia
Ada sesetengah orang yang mengalami masalah badan berbau.  Yang buat keadaan menjadi bertambah parah ialah bagi mereka yang tak sedar bahawa badan mereka mengeluarkan bau yang tak menyenangkan terutama ketika mereka berpeluh. Keadaan sedemikian sebenarnya meletakkan orang lain terutama rakan-rakan yang berada berhampiran dengan kita dalam keadaan serba salah.. Nak ditegur takut terguris lak hati.. tak ditegur hmmm… sampai bila nak tahan dari terus menghidu bau yg kurang enak tuh…
So, bagi mereka yang pernah berhadapan dengan situasi demikian – iaitu nampak macam rakan-rakan macam cuba menjauhkan diri pada waktu-waktu tertentu… cuba-cubalah siasat tengok apa puncanya bila angin tak ada, ribut tak ada tetiba jer orang yg berada berhampiran pakat-pakat menjauhkan diri.. Kebiasaannya sebab badan tuh berbaulah.. huhu..
Kita sendiri mungkin tak sedar.. sebabnya hidung kita dah lali dengan bau badan sendiri.. so, cara yg terbaik ialah cubapetua hilangkan bau badan tanya sahabat baik kita.. minta dia cakap terus terang sejujur-jujurnya seikhlas hati setulus suci.. Err.. you.. badan kiter ni kekadang bila peluh ada bau pelik ker?  Kalau agak segan atau malu kucing tuh.. cuba telefon mak bapak kat kampung.. tanya diaorang.. lagi puas hati.. hehe..
Okey.. kalaupun ada sesiapa yg ada masalah badan berbau nie, jangan gusar.. ada petua untuk menghilangkan bau badan nie.. Petua nie elok dicuba, siapa tahu mungkin mujarab kesannya.. so, tak yah lah kita membazir duit beli minyak wangi sebulan sekali.. hehe..

3 Petua Hilangkan Bau Badan

Petua 1:  Boleh gunakan daun sirih.  Daun sirih nie dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif untuk membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman atau bakteria.
Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas.  Biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Bila dah sejuk minum air rendaman tuh. Cuba amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah badan berbau akan hilang.. Kalau rasa macam tak berapa lalu nak minum air rendaman tuh, boleh lah tambah sikit gula.
Petua 2:  Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua hilangkan bau badan. Caranya pun simple gak.  Potong timun kepada beberapa kepingan kecil.  Semasa mandi, gosokkan kepingan timun tuh pada seluruh badan. Setelah itu barulah dibilas bersih.
Petua 3:  Kalau tak selera nak minum air sirih, boleh guna bunga cengkih. Rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas. Biarkan sehingga kembang.  Kemudian minum air rendaman tersebut. Amalkan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan masalah badan berbau.

laman petua:

hilangkan bau badan, petua hilangkan bau ketiak, hilangkan bau ketiak, cara hilangkan bau ketiak, petua hilangkan bau badan sumber

0 comments:

Post a Comment

SPONSORED

Powered by Blogger.